Pages

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum.....
(Selamat Datang)

PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN & MOTIVASI AL-ABQARI (PPAMA)merupakan sebuah pusat pengajian swasta yang mempunyai kakitangan pakar yang menumpukan sepenuh masa untuk melahirkan individu-individu yang celik al-Quran. Menggunakan kaedah yang terbukti berkesan untuk membolehkan seseorang tidak boleh membaca al-Quran untuk pandai membacanya dalam tempoh kurang dari 24 jam.

ANTARA PERKHIDMATAN YG KAMI TAWARKAN:

1.Kelas pengajian al-Quran
i-Celik al-Quran (dewasa & kanak2)
ii-Pengukuhan al-Quran (dewasa & kanak2)

2.Kelas Bahasa Arab
i-Komunikasi PMR ( ting.1,2,3)
ii-Tinggi SPM (ting.4,5)
iii-Komunikasi umum (dewasa)

3. Program latihan & Pembangunan
i-Pembelajaran
ii-Kepimpinan
iii-Kemahiran komunikasi
iv-Kemahiran Interpersonal
v-Ibadah
vi-Akhlak
vii-Fikir Positif
viii-Celik al-Quran

( Program dijalankan melalui kem-kem, bengkel, seminar, kursus yang dibuat secara berkala oleh kami sendiri dan kerjasama dengan pihak-pihak lain)

Sunday, March 21, 2010

KEM PEMANTAPAN IBADAH SIRI 01/10 (versi ulang-alik)




Salam,
Pada hari Sabtu & Ahad (20 & 21) haribulan Mac yang lepas, kami telah selesai mengadakan KEM PEMANTAPAN IBADAH siri 01/10 (versi ulang-alik). Al-hamdulillah, kem yang di bertempat di Pusat Pengajian al-Quran & Motivasi al-Abqari (PPAMA) di jalan Reko, Kajang dengan promosi yang kurang ini tetap mendapat sambutan yang hangat dari para ibu-bapa. Seramai 10 orang peserta dikalangan pelajar Sekolah Menengah & Rendah telah menyertai kem ini yang bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang selama 2 hari.

Program yang memberi penekanan terhadap aspek sembahyang dan puasa ini sedikit sebanyak telah berjaya mendidik mereka kearah mengerjakan amalan wajib tersebut dengan lebih sempurna.

Program ini tamat pada hari ahad 21 Mac 2010 dengan para peserta bergambar kenangan sebelum pulang. KEM PEMANTAPAN IBADAH (versi ulang-alik) bagi siri 02/10 akan diadakan ketika cuti bulan 5 yang akan datang. Kepada yang berminat pendaftaran akan dibuka dan diberitahu kemudian.